Aktiviti

UMK SHOWCASE SEMPENA LAWATAN PANEL PENILAI (10 NOV 2021)

Alhamdulillah dalam suasana hujan lebat dan banjir kilat ,Allah izinkan kami disini untuk bersama menyeri dan menjayakan majlis. Sokongan dan usaha kecil kami untuk pihak isme UMK, yang merupakan antara tempat saya menimba banyak ilmu keusahawanan. Yang paling berharga, perkongsian santai pengalaman oleh mantan VC, Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail pasti disemat dihati. Pesan prof juga, pengalaman adalah ilmu yang paling berharga buat usahawan, jangan berhenti mencuba dan berusaha

HANNARS BERSAMA TIMBALAN MENTERI II, KEMENTERIAN PERTANIAN & INDUSTRI MAKANAN, KSU KEMENTERIAN DAN KETUA PENGARAH MARDI (24 OKT 2021)

Snek rangup terbaru dari Muruku Hannars , Muruku Lembayung dan Vitatoz ceria bersama YB Timbalan Menteri II MAFI, Dr. Nik Zawawi bin Hj Salleh , KSU MAFI, Dato ‘ Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pangarah MARDI Dato’ Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

KUNJUNGAN PENGARAH PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI & PEMBANGUNAN USAHAWAN MARDI (16 OKT 2021)
 

Hari ni Muruku Hannars menerima kunjungan dari Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan MARDI, Tuan Hj Azman bin Mohd Saad, Timbalan Pengarah Program Pembangunan Usahawan, En Mohd Nizam Bin Mohd Nizat, Pen Peg Penyelidik Kanan Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan Mardi Kota Bharu, Puan Suriyaty Shamshudin, Puan Atikah dan Food Technologist, Cik Salwa.

KUNJUNGAN HANNARS KE MARDI BACHOK (14 OKT 2021)
 
Hannars ke Mardi Bachok, Pusat Kecemerlangan Ubian dan bertemu Ketua Stesen MARDI Bachok, Puan Erny Sabrina dan En. Mazwan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti dalam mengekalkan khasiat dan rasa ubi Muruku Lembayung dan Vitato.

InsyaAllah dengan R&D kami dan hasil penyelidikan Mardi, rasa ubi kekal dalam muruku dan kaya dengan beta kerotin, antosianin dan tinggi antioksida. Muruku Lembayung dan Vitato juga bebas dari sebarang pewarna dan tanpa MSG.

 

KUNJUNGAN UPEN & SIRIM (5 OKT 2021)

Muruku Hannars menerima kunjungan dari Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) dan SIRIM.

KUNJUNGAN DR. ANIS ASMIRA, PENGARAH ISME UMK (15 SEPT 2021)

Muruku Hannars menerima kunjungan Dr. Anis Asmira, Pengarah Isme UMK bersama Cik Nursyahirah dari Karya Executive Lounge Airport PC, Executive Halal dari DESB, Puan Aspiyati dan Puan Nur Afifa. Semoga dipermudahkan untuk urusan persijilan Halal.
 

KUNJUNGAN PEGAWAI INDUSTRI ASAS TANI FAMA (9 SEPT 2021)

Muruku Hannars menerima kunjungan pegawai dari Industri Asas Tani (IAT) Pejabat FAMA Negeri Kelantan, En Mohd Abd Muiz dan juga Puan Rohani. Dengan khidmat nasihat dan bimbingan pemasaran IAT, insyaAllah Hannars lebih bersemangat untuk terus melangkah jauh.

AUDIT MESTI (24 OGOS 2021)

Muruku Hannars menerima kunjungan Pegawai dari Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Puan Nurulhuda dan Puan Azura untuk sesi Audit MeSTI.

LAWATAN KERJA DAN PERASMIAN KILANG OLEH TIMBALAN MENTERI II MAFI (9 JUL 2021)

Lawatan kerja YB Timbalan Menteri II, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Tuan Pengarah Mardi Negeri Kelantan ke kilang memproses Muruku Hannars

KUNJUNGAN PEGAWAI MARDI (6 JUL 2021)

Terima kasih atas kunjungan Pegawai Mardi Kota Bharu petang ini ke kilang kami. InsyaAllah dengan pemantauan yang dibuat akan membantu Hannars kekal berdaya saing seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Shopping Cart